top of page
Search
Writer's pictureRempah Ikhlas

Kuzi Ayam Ikhlas®

Updated: Sep 18, 2018




  • Bahan Kisar A

( dicampur semua dan dikisar halus )               

2 ulas Bawang putih

2 inci Halia sebesar Ibu Jari

4 biji Bawang Merah       


  • Perapan Ayam

1 ekor Ayam di potong 12

1 tsp Serbuk lada putih Ikhlas ®

2 tbsp Bahan Kisar A

Garam secukup rasa






Bahan Kisar B

(digoreng dgn minyak sapi satu persatu sebelum di kisar kering)

10 biji Isi Badam                                   

2 biji Bawang kecil                       

1 biji Bawang merah besar


Campuran Rempah

30g/ 1/2 peket Rempah Kuzi Ikhlas  ®

350 ml Susu cair                      

1 biji Limau nipis yang masak       

tin (435gm) Tomato dalam Tin        

3 gm Serbuk Safron              

Bahan Kisar B




Bahan utk digoreng berasingan untuk ditambah saat akhir memasak

1 tbsp Kismis                                        

Pedal di potong kecil dan di goreng

Hati ayam di rebus dahulu kemudian dipotong kecil


Bahan untuk memasak dan perasa

  • 2 tbsp Minyak sapi                              

  • Gula secukup rasa

  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Sediakan bahan mengikut bahagian bahagian di atas.

  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap hinga separuh masak, angkat dan toskan.

  3. Tumis  lebihan bahan kisar A dengan minyak sapi hingga naik bau.

  4. Masukkan ayam yg telah digoreng ke dalam periuk tuangkan air kira-kira ¼ tenggelam ayam dan masukkan Campuran Rempah dan biarkan mendidih perlahan-lahan hingga hampir empuk.

  5. Akhir sekali masukkan pedal dan hati ayam bersama kismis yg telah digoreng.

  6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng serta gajus goreng jika suka.

Resepi Nasi Untuk Kuzi Ayam Bahan-bahannya:

  • 3 pot Beras Basmati

  • 5-6 lt liter air rempah ( masukkan rempah empat sekawan+bayleaf+2 sudu minyak sapi)

  • sedikit serbuk safron

  • 1 tsp Rempah Kuzi

Cara membuatnya...

  1. Rebus beras dalam air rempah yang mendidih selama lebih kurang 10 - 15 minit

  2. Kacau supaya beras tidak melekat antara satu sama lain

  3. Keluarkan beras yang hampir masak menggunakan tapis halus

  4. masukkan ke dalam loyang yang sesuai

  5. tutup nasi dengan aluminium foil

  6. Masak selama lebuh kurang 15 minit di dalam oven yg sudah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 Celsius

*potongan hati ayam rebus, potongan pedal dan telor rebus goreng jika tidak hendak dicampurkan dalam ayam, boleh juga campurkan ke dalam nasi semasa hendak masukkan nasi dalam oven.


* Sesuai di makan dengan Acar Mentah atau Acar Buah


Hasilnya....


136 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page