top of page
Search

Updated: Oct 18, 2018



Gambar dan resepi sumbangan Kaknorr


*Bahan A*

1 ekor ayam (saiz sedang) potong kecil. Serbuk kunyit. Garam secukupnya. *Bahan B*

2 labu bawang besar. 15 biji bawang merah. 3 ulas bawang putih. 2 sudu besar Serbuk Cili Ikhlas 1 biji kelapa-ambil satu cawan santan pekat. 5 biji buah keras, 2 inci halia. 2 inci kunyit hidup. 2 inci lengkuas. 1 keping asam gelugur. Garam secukup rasa. Gula melaka secukup rasa. 1 ketul  kecil belacan(agak-agak sebesar ibu jari ) 5 helai daun limau purut-mayang halus. 3 batang serai.

Cara-caranya: *Utk Bahan A* - Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit. - Goreng ayam hingga perang dan toskan. *Utk Bahan B* - Bawang merah, bawang besar, serai, Serbuk Cili Ikhlas, buah keras, belacan, halia, bawang putih, kunyit dan lengkuas  di kisar halus dengan setengah cawan air panas. - Perapkan seketika dalam 15minit bahan2 yang telah dikisar supaya serbuk cili Ikhlas sebati dengan bahan2 kisar yang lain. - Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. - Masukkan ayam dan gaul hingga sebati. - Masukkan garam, hirisan daun limau purut, gula merah dan asam keping. - Kacau rata. Akhir sekali masukkan santan dan biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat. Siap. - Sedap dimakan dengan nasi panas 👌🏼😉

58 views0 comments
Writer's pictureRempah Ikhlas





Bahan A (kisar halus)

2 inci Lengkuas

4 inci Halia

20 ulas Bawang Merah

15 Ulas Bawang Putih

50 gm Belacan

65 gm Rempah Laksa Ikhlas®️ ( campurkan ke dalam bahan yang telah dikisar)



Bahan B ( Kisar Halus)

600gm Ikan Parang Bakar buang tulang

300 gm Udang Rebus kopek dan bersihkan ambil Isi sahaja 

 ( simpan air rebusan untuk mengisar )

75 gm udang kering (bilas dengan air)





Bahan C ( Kisar halus dengan air)

1/2 biji kelapa parut putih

1/2 biji kelapa goreng


Bahan Lain

  • 1 cawan Minyak untuk menumis

  • Santan dari sebiji kelapa / 150ml santan kotak

  • 70 gm Asam Jawa

  • 5 tbsp gula pasir

  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya


Panaskan minyak, apabila cukup panas, masukkan bahan A dan tumis hingga hampir kering dan naik bau.

Masukkan bahan kisar B dan kacau rata

Masukkan bahan C dan santan. Renehkan selama lebih kurang 40 minit dan masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.


Cara memasak Spagheti





  • Didihkan air ( 5 liter untuk sepeket spaghetti) Masukkan garam dan seetengah cawan minyak masak.

  • Masukkan spaghetti apabila air mendidih, kacau supaya spagheti tidak melekat. Reneh selama lebih kurang 30 minit atau sehingga spaghetti benar benar masak tapi tidak terlalu lembut.

69 views0 comments
Writer's pictureRempah Ikhlas

Updated: Sep 18, 2018




  • Bahan Kisar A

( dicampur semua dan dikisar halus )               

2 ulas Bawang putih

2 inci Halia sebesar Ibu Jari

4 biji Bawang Merah       


  • Perapan Ayam

1 ekor Ayam di potong 12

1 tsp Serbuk lada putih Ikhlas ®

2 tbsp Bahan Kisar A

Garam secukup rasa






Bahan Kisar B

(digoreng dgn minyak sapi satu persatu sebelum di kisar kering)

10 biji Isi Badam                                   

2 biji Bawang kecil                       

1 biji Bawang merah besar


Campuran Rempah

30g/ 1/2 peket Rempah Kuzi Ikhlas  ®

350 ml Susu cair                      

1 biji Limau nipis yang masak       

tin (435gm) Tomato dalam Tin        

3 gm Serbuk Safron              

Bahan Kisar B




Bahan utk digoreng berasingan untuk ditambah saat akhir memasak

1 tbsp Kismis                                        

Pedal di potong kecil dan di goreng

Hati ayam di rebus dahulu kemudian dipotong kecil


Bahan untuk memasak dan perasa

  • 2 tbsp Minyak sapi                              

  • Gula secukup rasa

  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Sediakan bahan mengikut bahagian bahagian di atas.

  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap hinga separuh masak, angkat dan toskan.

  3. Tumis  lebihan bahan kisar A dengan minyak sapi hingga naik bau.

  4. Masukkan ayam yg telah digoreng ke dalam periuk tuangkan air kira-kira ¼ tenggelam ayam dan masukkan Campuran Rempah dan biarkan mendidih perlahan-lahan hingga hampir empuk.

  5. Akhir sekali masukkan pedal dan hati ayam bersama kismis yg telah digoreng.

  6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng serta gajus goreng jika suka.

Resepi Nasi Untuk Kuzi Ayam Bahan-bahannya:

  • 3 pot Beras Basmati

  • 5-6 lt liter air rempah ( masukkan rempah empat sekawan+bayleaf+2 sudu minyak sapi)

  • sedikit serbuk safron

  • 1 tsp Rempah Kuzi

Cara membuatnya...

  1. Rebus beras dalam air rempah yang mendidih selama lebih kurang 10 - 15 minit

  2. Kacau supaya beras tidak melekat antara satu sama lain

  3. Keluarkan beras yang hampir masak menggunakan tapis halus

  4. masukkan ke dalam loyang yang sesuai

  5. tutup nasi dengan aluminium foil

  6. Masak selama lebuh kurang 15 minit di dalam oven yg sudah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160 Celsius

*potongan hati ayam rebus, potongan pedal dan telor rebus goreng jika tidak hendak dicampurkan dalam ayam, boleh juga campurkan ke dalam nasi semasa hendak masukkan nasi dalam oven.


* Sesuai di makan dengan Acar Mentah atau Acar Buah


Hasilnya....


136 views0 comments
bottom of page