top of page
Search

Laksa Johor Ikhlas®






Bahan A (kisar halus)

2 inci Lengkuas

4 inci Halia

20 ulas Bawang Merah

15 Ulas Bawang Putih

50 gm Belacan

65 gm Rempah Laksa Ikhlas®️ ( campurkan ke dalam bahan yang telah dikisar)



Bahan B ( Kisar Halus)

600gm Ikan Parang Bakar buang tulang

300 gm Udang Rebus kopek dan bersihkan ambil Isi sahaja 

 ( simpan air rebusan untuk mengisar )

75 gm udang kering (bilas dengan air)





Bahan C ( Kisar halus dengan air)

1/2 biji kelapa parut putih

1/2 biji kelapa goreng


Bahan Lain

  • 1 cawan Minyak untuk menumis

  • Santan dari sebiji kelapa / 150ml santan kotak

  • 70 gm Asam Jawa

  • 5 tbsp gula pasir

  • Garam secukup rasa

Cara Membuatnya


Panaskan minyak, apabila cukup panas, masukkan bahan A dan tumis hingga hampir kering dan naik bau.

Masukkan bahan kisar B dan kacau rata

Masukkan bahan C dan santan. Renehkan selama lebih kurang 40 minit dan masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.


Cara memasak Spagheti





  • Didihkan air ( 5 liter untuk sepeket spaghetti) Masukkan garam dan seetengah cawan minyak masak.

  • Masukkan spaghetti apabila air mendidih, kacau supaya spagheti tidak melekat. Reneh selama lebih kurang 30 minit atau sehingga spaghetti benar benar masak tapi tidak terlalu lembut.

 
 
 

Comments


60134202810

  • Facebook Social Icon
  • LinkedIn Social Icon
  • Instagram Social Icon

©2018 by Rempah Ikhlas. Proudly created with Wix.com

bottom of page